Biografi Momo Latiff

Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula dari pentas bangsawan, sebelum melangkah ke layar perak pada kegemilangan filem Melayu sehinggalah beralih ke persada muzik tanah air.

Beliau mencipta nama besar seiring dengan pelakon sezamannya seperti seniwati Neng Yatimah, seniwati Nona Asiah, seniwati Dato' Maria Menado dan seniman M Wari.

Beliau turut berlakon dalam banyak filem sezaman dengan P. Ramlee dan zaman kemudiannya. Beliau telah pun dianugerahkan pingat Johan Bintang Sarawak daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak iaitu Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada satu majlis sempena Ulang Tahun ke-86 Yang Dipertua Negeri di Mukah pada 8 September 2007.

Momo Latiff merupakan anak jadi Singapura memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan melalui filem Topeng Shaitan dan Hou Yao Wan & Hoi Ling pada tahun 1941.

Selain lakonan, Momo juga terkenal sebagai penyanyi pada era 1930-an sehingga 1970-an. Ketika itu lagu dendangan Momo menjadi pilihan dan selalu diputar di stesyen radio Singapura dan Malaysia.

Antara lagu nyanyian Momo adalah Tudung Periuk, Tak Jemu Menunggu, Jangan Main Mata dan lagu duet bersama P. Ramlee iaitu Merpati Dua Sejoli dan Semenjak Berpisah.

Rujukan

WikiPedia: Momo Latiff http://news.asiaone.com/news/showbiz/veteran-actre... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/seniwati-... http://www.imdb.com/name/nm1402678/ http://www.straitstimes.com/lifestyle/entertainmen... http://www.astrogempak.com.my/artikel/2068/seniwat... http://www.bharian.com.my/node/103902 http://www.bhplus.com.my/node/103879 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/momo-latif-m... http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/10/v...